inilah sebuah figur wanita solekhah, kebanyakan kaum mulim semua sangat
mengidamkan nantinya akan mendapatkan pasangan yang solekhah. insya bisa
allah berfirman bahwasanya seorong mulim yang baik budi pekertinya
niscaya akan mendapat kan juga wanita yang solekhah. begitu pula
sebaliknya. maka jangan lah engakau khawatir dengan hal begituan, yang
penting kita berusha berdoa'a dan selalu bertawadu' kepada
ALLAH SWT. di bawah ini akan saya berikan sedikit gambaran dari ciri 2 wanita solehah,
1. TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS
Muslimah solehah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya,
sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu
adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. TIDAK MEMAKAI RANTAI BERLOCENG
Muslimah solehah memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk
dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi
tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi
lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah
melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. TIDAK MEMAKAI WANGIAN SEMERBAK
Muslimah solehah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak.
Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana
kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat
pewangi itu. Muslimah yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu
bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang
keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak
boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian
tersebut.
4. TIDAK BIADAB DALAM BERKATA
Muslimah solehah memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu
sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang
rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan
perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak
akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan
buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. TIDAK BERKATA SIA-SIA
Muslimah solehah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang
yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan
keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat
baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya
sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan
ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
6. TIDAK MEMAKAI TUDUNG TIGA SEGI
Muslimah solehah memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena
panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan
tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di
bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut
dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami
mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. TIDAK MENGADA-NGADA
Muslimah solehah memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda
seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya,
bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik
perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan
bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan
boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu
untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya
suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan
keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah
al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini. Maka janganlah kamu tunduk
dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm
hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg
berbicara dgn sikap yang oleh menimbulkan kebaranian orang untuk
bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang
lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa?
Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. TIDAK MENGHIAS DIRI BERLEBIHAN
Muslimah solehah memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan
kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek
(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana
semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan
kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia
bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah
anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg
tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?
9. TIDAK MEMAKAI TUDUNG JARANG
Muslimah solehah tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti
jarangnya jalah yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana
apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang
sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah
mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan
menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga
disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk
menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar
itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu
yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.
semoga nantinya di berikan seorang istri yang solehah yang bisa membawa kita selalu mendekatkan diri kepada Allah swt